RYTHM Foundation
Berasal daripada akronim Raise Yourself To Help Mankind, misi RYTHM Foundation adalah untuk membina peluang dan khidmat bagi mereka yang di dalam kesusahan. Ia bertujuan untuk menghasilkan keadaan hidup yang memuaskan dan untuk melindungi persekitaran bagi memudahkan kemapanan. Ia juga berusaha untuk memastikan anak-anak kita – simbol masa depan kita – selamat dan disokong, sekarang dan esok. RYTHM Foundation adalah nadi korporat bagi QI Group of Companies, mengekalkan kesedaran sosial pekerja dan bertindak sebagai peringatan yang berterusan mengenai tujuan teras syarikat.
![]()
QuestNet Pays Forward
Melalui inisiatif ‘QuestNet Pay Forward’, QuestNet Malaysia menyokong dan membekal sumber kewangan bagi mangsa bencana alam semula jadi, komuniti yang serba kekurangan dan masyarakat yang di dalam kesusahan. Kebanyakan aktiviti tajaan QuestNet Malaysia, sama ada dalam bidang olahraga atau hiburan, adalah digandingkan dengan inisiatif penubuhan tabung amal QuestNet Pay Forward, disumbang oleh kedua-dua kakitangan rangkaian dan korporat. Inisiatif terbaru, dengan gabungan bersama-sama Vijayaratnam Foundation, adalah termasuk menjemput 600 anak yatim piatu Malaysia untuk menonton perlumbaan GP2 dan bertemu pemandu pasukan QI-Meritus.Mahara, dan membawa 40 anak yang kurang bernasib baik menyaksikan persembahan yang tidak dapat dilupakan, Disney On Ice Princess Wishes.

No comments:
Post a Comment