Sunday, April 11, 2010

MLM.....berhati2 kita...pastikan kehalalan sistemnya bukan produk sahaja

Penasihat syariah perlu

¿UNTUK pengetahuan ustaz, penghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ini adalah kawan saya ketika di universiti dulu. Kini beliau dianggap berjaya dalam MLM kerana pendapatan beliau untuk setahun mencapai jutaan ringgit dan terpilih menganggotai Kelab Jutawan Eksekutif.
Pada mulanya saya tertarik dan berminat untuk menyertai MLM di bawah beliau, tetapi selepas saya membaca penerangan ustaz di dalam blog dan bertanya beberapa ustaz lain, rasanya perniagaan sebegini mungkin boleh menjadi haram.


Ini kerana terlalu banyak unsur ¿gharar¿ yang ahli MLM tidak mahu mengaku dan menyalahkan ustaz pula kerana tidak memahami perniagaan MLM yang sebenar.


Saya tidak minta ustaz untuk ulas panjang isu ini (kerana ustaz jelaskan panjang lebar dalam blog), cuma saya nak tahu, betulkah ustaz menjadi penasihat kepada satu syarikat MLM yang saya rasa sebenarnya tidak menjadi kesalahan pun.


Saya rasa maklumat ini disalahgunakan apabila ahli MLM menggunakan maklumat ini untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan sekarang.¿ ¿ Fauzi (melalui e-mel)

JAWAPAN:
Ya benar, saya menyemak dan dilantik menjadi penasihat syariah kepada sebuah syarikat MLM bersama ustaz Dr Zahazan Mohammad. Pertamanya, saya memahami MLM sejak lama dulu kerana beberapa belas tahun lalu saya pernah menyertai MLM sebagai ahli.


Cuma, menurut kefahaman dan pandangan saya, perlu diingat, perniagaan yang dijalankan oleh syarikat MLM berkenaan ada perbezaannya dengan kebanyakan MLM lain.



Yang diperlukan adalah semua MLM ini WAJIB MELANTIK PENASIHAT SYARIAH yang berwibawa SECARA RASMI dan diwarwarkan secara RASMI juga.


Mereka juga tidak boleh melantik mana-mana ustaz biasa yang bukan pakar di dalam fiqh muamalat dan aplikasi kewangan moden.


Justeru, maksud saya ¿berwibawa¿ dalam saranan saya di atas adalah merujuk kepada ahli penasihat syariah itu mestilah pakar yang dikenali di dalam bidang fiqh muamalat dan terbukti melalui pengalaman boleh memahami struktur kewangan moden.

Justeru, maksud saya ¿berwibawa¿ dalam saranan saya di atas adalah merujuk kepada ahli penasihat syariah itu mestilah pakar yang dikenali di dalam bidang fiqh muamalat dan terbukti melalui pengalaman boleh memahami struktur kewangan moden.


Ia penting bagi memastikan tidak ada proses ¿tangkap muat¿ sebagai jalan pintas. Ustaz berkenaan juga mestilah boleh dan jelas kefahaman di dalam Bahasa Arab dan Inggeris kerana biasanya kontrak dibuat di dalam Bahasa Inggeris (jika berkaitan).


Kemudian, penasihat syariah itu mesti menjalankan tugasnya secara bebas ketika membuat semakan, pembetulan dan audit sistem pemasaran juga pelan komisen serta bonus yang sedia ada selain membaca dan meneliti borang permohonan selain kontrak secara jelas.


Mesti menyemak syarat dan rukun setiap kontrak dipenuhi serta turutan semasa pelaksanaannya dibuat dengan betul. Jika bagi mana-mana MLM yang lama bertapak, proses itu mungkin memakan masa beberapa minggu atau bulan memandangkan ia sudah lama berniaga dan bergerak.


Berbeza dengan MLM yang mana saya terbabit dalam prosesnya sebelum ia dilancarkan lagi. Keadaan itu lebih banyak memudahkan proses semakan dan pembetulan.


Hanya selepas pembetulan dan pemulihan dibuat serta diberi pengesahan rasmi, baru sesuatu MLM itu boleh diwarwarkan sebagai harus, patuh Syariah atau HALAL.


Ringkasnya, ia bukan proses mudah dan sewenang-sewenangnya didakwa mempunyai penasihat syariah dan kemudian mendakwa sudah dicop halal.


Bagi syarikat MLM yang mana saya terbabit didalamnya, saya membabitkan diri sejak awal lagi; daripada proses rangka pelan hingga siap untuk dilancarkan, kontraknya saya teliti dan perbetul, begitu juga borang, syarat serta bahasa untuk bahan sebarannya. Proses ini megnambil masa dua tahun.



Pun begitu, tiadalah saya mahu mendabik dada ia yang terbaik, saya dan ustaz Zahazan sentiasa menerima apa-apa pandangan membina dan berkualiti. Jika benar ada yang kami ¿terlepas pandang¿, ia pasti akan diubah. Insya-Allah.

BEZA ¿PENASIHAT SYARIAH¿ DAN ¿AHLI¿
Selaku penasihat syariah, mereka mesti mempunyai laluan kepada pemilik atau Pegawai Eksekutif Syarikat (CEO) sesuatu MLM itu dan diberi hak untuk menegur dan memperbetul secara bebas.


Bagi syarikat MLM membabitkan saya, itu juga yang saya punyai iaitu laluan terus kepada pemiliknya. Jika ada apa-apa yang tidak dipersetujui menurut pertimbangan hukum, saya boleh dengan segera melontarkan pindaan kepada mereka untuk tindakan segera.


Inilah situasi yang mana-mana MLM lain perlu ada. Itu juga fungsi dan laluan yang dimiliki Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam seluruh dunia. Kita perlu jelas, Penasihat Syariah perlu mempunyai terma rujukan dan bidang kuasanya yang tersendiri serta KUASA KHAS untuk membuat pindaan sesuatu yang didapati kurang tepat daripada sudut hukum.


Sehingga kini kita masih menunggu banyak syarikat MLM yang tidak mengambil berat soal hukum dan kesahihan pelannya.


Perlantikan rasmi penasihat syariah perlu dibuat, SELAGI BELUM ADA PENGUMUMAN RASMI DARI MANA-MANA SYARIKAT MLM dan TIADA PENGESAHAN RASMI DARI MAJLIS SYARIAHNYA berkaitan status MLM mereka, selagi itu mana-mana dakwaan mengatakan mereka menepati hukum Syariah adalah tidak terpakai dan meragukan.


Syarikat MLM juga tidak boleh tangkap muat atau hanya bertenggek atas nama ustaz tertentu yang masuk sebagai ahli, pengedar serta aktif dalam skim mereka lalu dianggap KONONNYA ustaz berkenaan sudah memberi pengesahan daripada sudut hukum Islam. Itu tidak boleh sama sekali.


Mana-mana ilmuan syariah atau ustaz yang menyertai sesebuah MLM sebagai AHLI atau Pengedar yang ¿mencari pendapatan tambahan¿ dalam sistem itu, peranan dan kemampuan mereka AMAT berbeza dengan SEORANG Penasihat Syariah.


Ini kerana, penasihat syariah dilantik dan mempunyai peruntukan kuasa untuk mengubah dan meminda selain hak laluan kepada dokumen dan sistem MLM berkenaan. Ahli dan pengedar biasa tidak punyai keistimewaan dan kuasa sedemikian.


BERLEPAS DIRI
Saya juga berlepas diri daripada sebarang usaha mengaitkan saya dengan MLM lain dan daripada dakwaan kononnya pengesahan saya kepada syarikat MLM yang membabitkan saya secara automatik menjadi pengesahan kepada sistem MLM lain.


Saya hanya menyemak MLM berkenaan dan apa-apa persamaan MLM lain yang secara zahirnya kelihatan seolah-olah sama dan wujud pada sistem MLM membabitkan saya itu TIDAK SAMA SEKALI membuktikan saya mengesahkan sistem MLM lain secara automatik.


Zahir pelan perniagaan mungkin kelihatan sama tetapi untuk mengesahkan, banyak penelitian lain perlu diambil kira, kontrak, rukun, syarat, pelaksanaan hatta iklan dan cara promosinya.


Kerana itu saudara dapat melihat promosi rasmi dari pihak MLM yang saya sertai TIDAK memancing ahli dan peserta melalui KEKAYAAN, HARTA, KERETA, DUIT sebagai fokus asas tetapi adalah mempromosi ilmu Islam dan mengajak untuk menyebarkannya sebagai ASAS.


Pendapatan tambahan adalah sampingan, sesuai dengan fungsi wang dan harta sebagai hiasan dan alat untuk mencapai reda Allah SWT saja. Itulah nilai yang kita cuba terapkan di dalam diri semua pesertanya.


Akhir sekali, sebagai menjawab e-mel, pengesahan saya hanya khusus kepada MLM yang saya dipertanggungjawabkan, ia tidak sama sekali terpakai untuk yang lain.